Lingkaran Tengah Utama

Laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU; Inggeris: Central Spine Road; CSR) atau Lebuh Raya Kuala Krai–Karak, Laluan Persekutuan 34 serta Jalan Utama Tengah adalah lebuh raya bebas tol baharu yang sedang dalam pembinaan di tengah-tengah Semenanjung Malaysia. Lebuh raya 325 km ini dibina untuk menggantikan bekas dua lorong Laluan Persekutuan Malaysia 8 (Lebuh Raya Gua Musang) dan Laluan Persekutuan Malayaia 9 (Lebuh Raya Karak–Tampin). Pembinaan CSR bermula pada Pakej 3 iaitu dari Merapoh ke Kampung Relong. Ia bermula pada Pakej 3 apabila Lebuh Raya Gua Musang melalui Chegar Perah yang terdedah kepada bangkai jalan. Lebuh raya ini mempunyai jejambat eko yang panjang dibina di bahagian ini. Pakej 5, dari utara Raub ke Karak, akan dibina seterusnya, yang akan menghubungkannya ke E8 (Lebuhraya Karak), memintas Bentong dan Mempaga. Ini akan membantu lalu lintas melencong dari gred pergunungan yang curam antara Raub dan Bentong. Ia dahulunya dikenali sebagai Lebuhraya Central Spine.

Lingkaran Tengah Utama